Kuching – Saingan Liga Super memasuki minggu kelima dengan Kuching City FC (KCFC) bakal menentang Selangor FC di Stadium Negeri, Kuching, pada Ahad ini.
Perlawanan dijadualkan berlangsung pada jam 4.45 petang.
KCFC menerusi hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan bahawa tiket perlawanan kini sudah mula dijual.
Orang ramai boleh mendapatkan tiket secara fizikal di cawangan Lea Sports Centre (LCS) di Wisma Hopoh dan Sarawak Plaza, Kuching, LSC The Summer Mall, Kota Samarahan, Capsule Sport Rehab, serta Pasar Malam N6 di Metrocity.
Selain itu, tiket juga boleh dibeli secara dalam talian menerusi pautan www.tickethotline.com.my.
Sehubungan itu, KCFC mengalu-alukan kehadiran penyokong serta orang ramai ke Stadium Negeri, bagi menceriakan suasana dan memberikan semangat tambahan kepada pasukan.
#BilikBeritaCats #Catsfm #Umobile

BILIK BERITA CATS

18 September 2025 | 04:28 PM