KUCHING – Kolej Universiti i-CATS (i-CATS) menandatangani kerjasama strategik dengan Istanbul Teknik University bagi memperkukuh kerjasama dalam bidang pendidikan, penyelidikan, dan pembangunan bakat dalam sektor aeroangkasa, di Istanbul pada 16 September lalu.
Menerusi kenyataan i-CATS, kerjasama tersebut merupakan langkah penting dalam menyokong aspirasi Sarawak untuk menjadi hab serantau dalam industri teknologi tinggi dan aeroangkasa.
Pengerusi Lembaga Pengarah i-CATS, Tan Sri Datuk Amar Dr Abdul Aziz Husain, menyifatkan kerjasama ini sebagai satu pencapaian penting dalam perjalanan i-CATS untuk menjadi peneraju dalam pendidikan dan penyelidikan aeroangkasa.
Sementara Naib Canselornya Profesor Emeritus Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata kerjasama dengan Istanbul Teknik University mencerminkan komitmen institusi itu untuk melahirkan bakat berkualiti dan memacu inovasi demi manfaat Sarawak dan rantau ini.
Kedua-dua institusi yakin bahawa kerjasama ini akan memperkasa pendidikan aeroangkasa dan menyumbang kepada pertumbuhan sektor teknologi tinggi di peringkat serantau.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

BILIK BERITA CATS

18 September 2025 | 04:26 PM