LUNDU - Sebuah rumah di Taman Mawar hampir musnah sepenuhnya dalam kebakaran awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 4.43 pagi.
Kebakaran yang dianggarkan musnah 90 peratus itu dipercayai bermula dari bahagian dapur.
Bagaimanapun, ketika kejadian, penghuni rumah telah keluar bekerja. Punca serta anggaran kerugian disiasat.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

BILIK BERITA CATS

18 September 2025 | 04:25 PM