LAWAS - Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Lawas telah melaksanakan rondaan dan pemantauan di tiga lokasi berisiko banjir sekitar Merapok.
Di Jalan Ulu Merapok, paras air meningkat 0.1 kaki dengan hujan renyai namun keadaan masih terkawal. Di Kampung Masjid Baru, paras air direkodkan setinggi 3.0 kaki dengan beberapa rumah terjejas, manakala di Kampung Petarikan paras air yang sama dilaporkan mula surut walaupun jalan utama tidak dapat dilalui.
Sehingga kini, tiada pusat pemindahan dibuka dan keadaan keseluruhan dilaporkan terkawal. Penduduk diingatkan agar sentiasa berwaspada serta menghubungi PKOD Lawas di talian 085-262073 atau 999 sekiranya berlaku kecemasan.
Sumber: FB APM Lawas
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

BILIK BERITA CATS

18 September 2025 | 04:24 PM