SAMARAHAN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari perahu ketika memancing bersama rakan di Kampung Empila, awal Khamis pagi, 18 September.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Samarahan, Christian Olas berkata, saksi hanya mendengar jeritan mangsa sebelum beliau hilang dari pandangan.
Walaubagaimanapun katanya, pihak bomba masih menjalankan siasatan dan belum dapat mengesahkan sama ada insiden itu melibatkan serangan buaya.
Sumber: FB Berita RTM Sarawak
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

BILIK BERITA CATS

18 September 2025 | 04:23 PM