KOTA KINABALU - Bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah yang terputus sejak Sabtu lalu berjaya dipulihkan sepenuhnya pada jam 10.20 Rabu malam (17 Sept).
Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Datuk Mohd Yaakob Jaafar, merakamkan penghargaan kepada semua petugas yang bekerja tanpa henti serta pengguna yang sabar sepanjang proses pemulihan.
Gangguan berlaku susulan tanah runtuh di Kampung Kolopis, Penampang yang menumbangkan dua menara talian penghantaran 275kV Kolopis-Segaliud.
SESB memaklumkan menara gantian telah berjaya didirikan dan dioperasikan bagi memastikan bekalan elektrik kembali stabil.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

BILIK BERITA CATS

18 September 2025 | 04:20 PM