MIRI - Dua individu cedera selepas kereta yang dinaiki berlanggar dengan sebuah pacuan empat roda di Simpang 4, Lampu Isyarat Jalan Pujut 7, malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 11.50 malam.
Kedua-dua mangsa berusia 24 dan 29 tahun telah dikeluarkan dari kenderaan itu sebelum ketibaan pasukan Bomba.
Manakala pemandu pacuan empat roda gagal dikesan di lokasi kejadian.
Kes diserahkan kepada pihak Polis untuk siasatan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

BILIK BERITA CATS

18 September 2025 | 04:18 PM