SEREMBAN - Dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan cedera selepas bot pancung disyaki membawa pendatang tanpa izin merempuh bot ronda penguat kuasa Selasa malam (16 Sept).
Kedua-dua anggota berusia 34 dan 36 tahun itu dihantar ke Hospital Port Dickson untuk rawatan dan kini stabil. Bot pancung berkuasa tinggi tersebut berjaya meloloskan diri selepas insiden.
Maritim Malaysia kini giat menjalankan operasi mengesan suspek serta rangkaian penyeludupan yang terlibat, selain menegaskan insiden ini membuktikan risiko tinggi yang dihadapi anggota penguat kuasa ketika bertugas di laut.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

BILIK BERITA CATS

18 September 2025 | 04:16 PM