KUCHING - Syarikat pengeluar produk arak menggunakan nama Santubong akhirnya menarik balik jenama tersebut daripada pasaran selepas menerima bantahan masyarakat termasuk Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Nancy Shukri.
Menerusi kenyataan rasmi di Facebook, syarikat itu memaklumkan produk berkenaan telah dihentikan dan dikeluarkan daripada pasaran.
Nancy sebelum ini menegaskan penggunaan nama Santubong pada produk arak tidak menjaga sensitiviti masyarakat setempat, khususnya penduduk beragama Islam.
Isu tersebut turut mencetuskan reaksi netizen yang menyifatkan penjenamaan itu tidak wajar dan menyinggung sensitiviti masyarakat.
Sumber: FB Zebrew
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile