• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

16 June 2025 | 04:35 PM

Spaoh Akan Dapat Klinik Kesihatan Baharu Bernilai RM36 Juta

SPAOH, 16 Jun - Daerah kecil Spaoh dekat Betong akan mendapat klinik kesihatan baharu bagi menggantikan klinik lama sedia ada.

Menurut Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah, projek itu adalah hasil kerjasama rapat antara Kementerian Kesihatan dan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA).

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan insentif pendidikan berjumlah lebih RM30,000 kepada 13 mahasiswa, enam pelajar diploma dan tiga pelajar SPM yang mendapat 8A dan 9A dari DUN Bukit Saban di sini hari ini.

Uggah berkata, klinik baharu itu dianggarkan menelan belanja RM36 juta.

“Kementerian Kesihatan akan menyumbang RM16.5 juta untuk kos pembinaan manakala bakinya akan ditanggung oleh BDDA.

“Tapaknya telah dikenal pasti dan diperoleh manakala pampasan telah dibayar kepada pemilik tanah.

“Kami berharap pembinaannya dapat diteruskan secepat mungkin dan kami menyasarkannya menjelang akhir tahun ini.

"Minggu depan kita akan membincangkan sama ada Kementerian Kesihatan dan Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak Dr. Veronica Lugah untuk merancang pembinaannya,"

Tambahnya, klinik baharu itu amat diperlukan memandangkan klinik yang sedia ada sudah lama dan bangunannya tidak lagi sesuai digunakan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok