KUCHING, 15 Jun - Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi meluangkan masa bersama keluarga sempena sambutan Hari Bapa, dengan menikmati jamuan makan tengah hari di Oriental Kopi, sebuah kafe popular yang terletak di Vivacity Megamall, Kuching.
Tun Wan Junaidi menzahirkan rasa syukur atas kesempatan yang diberikan untuk meluangkan masa berkualiti bersama insan-insan tersayang, apatah lagi pada hari istimewa seperti Hari Bapa.
Turut serta dalam majlis makan tengah hari itu ialah anakanda Sharifah Fariah, Sharifah Nong-Jasima dan suami beliau, Hakeem.
Sepupu kepada Tun, Wan Mahdi bin Wan Mohbar, juga turut hadir memeriahkan suasana.
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

16 June 2025 | 02:06 PM