TEHRAN, 15 Jun - Menteri Luar Iran Abbas Araghchi pada Ahad berkata Iran bersedia menghentikan serangannya ke atas Israel sekiranya Tel Aviv menamatkan serangan ke atas Tehran.
Bercakap kepada para duta asing di Tehran, Araghchi menegaskan bahawa peperangan itu telah “dipaksakan” ke atas Tehran dan Iran tidak mempunyai pilihan selain bertindak balas.
“Pertahanan kami adalah sah sepenuhnya dan akan dilaksanakan dengan tegas, semata-mata sebagai tindak balas terhadap pencerobohan,” katanya.
“Jika serangan dihentikan, tindakan balas Iran juga akan dihentikan.”
Iran memaklumkan seramai 78 orang terbunuh pada hari pertama serangan Israel, manakala puluhan lagi, termasuk kanak-kanak, terkorban pada hari kedua. (Bernama-Anadolu)
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

16 June 2025 | 02:05 PM