• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

04 April 2025 | 03:29 PM

Aidil Sharin Sahak kekal sebagai jurulatih Kuching City FC musim depan

Kuching, 3 April: Presiden Kuching City FC (KCFC), Datuk Fazzrudin Abdul Rahman, beri gambaran, Aidil Sharin Sahak kekal sebagai jurulatih KCFC musim depan, dan tiga pemain baru telah dikenal pasti untuk dibawa masuk.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong itu berkata, pengumuman mengenai pemain-pemain baharu tersebut akan dibuat dalam masa terdekat.

Menurut beliau, akan ada kejutan dalam pengumuman itu nanti, dengan gambaran bahawa salah seorang pemain merupakan anak Sarawak yang sedang dalam prestasi terbaik dalam bola sepak ketika ini.

Namun, setakat ini, hanya tiga pemain yang dikenal pasti kerana beliau tidak mahu melakukan perubahan yang begitu drastik dalam pasukan.

Sementara itu, Datuk Fazzrudin menegaskan bahawa KCFC kini fokus untuk mengutip mata-mata berharga dengan berbaki dua lagi perlawanan Liga Super musim ini.

Kejayaan pasukan berada di tangga ketiga Liga Super setakat ini merupakan pencapaian yang amat membanggakan.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri ADUN Tupong di Dewan Hikmah, Kuching, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok