• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

04 April 2025 | 03:29 PM

Sarawak Wujudkan Koridor Gas Selamat dengan Ruang Penampan yang Luas, Elakkan Risiko

Kuching, 3 April: Sarawak ambil pendekatan koridor khusus bagi kawasan yang diwartakan sebagai selamat untuk kegiatan gas di wilayah ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu merupakan sebahagian daripada perancangan Sarawak di bawah pelan hala tuju gas negeri ini.

Katanya, kawasan tersebut mesti dilengkapi dengan ruang penampan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, seperti insiden yang terjadi di Puchong baru-baru ini.

Ia termasuk kawasan Samalaju, yang akan dimasukkan dalam pakej perancangan pelan hala tuju gas itu, untuk dijadikan kawasan selamat bagi kegiatan gas.

Menurut beliau, kawasan itu perlu diwartakan dahulu bagi memastikan ia tidak dibangunkan sebagai kawasan awam, seperti pembangunan perumahan dan kemudahan awam.

Justeru, kawasan itu mesti diiktiraf sebagai koridor gas yang dilengkapi dengan ruang penampan yang luas, supaya sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, ia dapat diuruskan dengan baik.

Beliau berkata demikian di Kuching hari ini, semasa menjawab pertanyaan media mengenai pendekatan Sarawak sebagai langkah berjaga-jaga berhubung insiden letupan gas di Puchong, Selangor, baru-baru ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok