• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 March 2025 | 12:30 PM

Persatuan Warisan Sarawak (SHS) berterima kasih kepada kerajaan Sarawak

KUCHING, 20 Mac: Persatuan Warisan Sarawak (SHS) berterima kasih kepada kerajaan Sarawak atas sokongan untuk memelihara sebahagian daripada bangunan lama Kuarters Jururawat Kuching sebagai bangunan warisan negeri ini.

Presiden SHS, Datin Rosemarie Wong-Jabu berkata bangunan kuarters yang dibina pada 1940an itu merupakan sebahagian dalam sejarah kejururawatan Sarawak.

Katanya, SHS menghargai dan mengiktiraf komitmen kerajaan Sarawak untuk memelihara bangunan-bangunan lama untuk generasi akan datang selain menjadi mercu tanda baru bagi menandakan pencapaian kemajuan negeri ini.

Beliau berbesar hati apabila pihak berkaitan pada mencapai situasi menang-menang dalam memelihara warisan dan masalah banjir.

Datin Rosemarie berkata demikian pada sidang media di Bangunan Lama Kuarters Jururawat di Kuching hari ini.

Pada Julai tahun lepas, SHS telah menggesa campur tangan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk menghentikan kerja-kerja merobohkan bangunan lama kuarters jururawat itu untuk projek tebatan banjir bagi mengatasi masalah banjir yang serius di Hospital Umum Sarawak dan sekitarnya.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok