• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 March 2025 | 10:00 AM

Seramai 6,287 peserta sertai Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) setakat 17 Mac

KUALA LUMPUR, 20 Mac - Seramai 6,287 peserta yang telah diluluskan menyertai Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) iaitu Inisiatif Usahawatan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Basmi Miskin Tegar (BMT) sehingga 17 Mac 2025.

Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib berkata menerusi IPR-INTAN, seramai 517 daripada 3,628 peserta yang diluluskan, berjaya meraih hasil jualan bagi pusingan pertama.

Katanya, secara umumnya, peserta berupaya meraih julat pendapatan bulanan berjumlah antara RM2,000 hingga RM6,000 bagi pelaksanaan program itu.

“Bagaimanapun, memandangkan peserta IPR-INTAN diberikan elaun prapenuaian bulanan berjumlah RM500, maka sebahagian besar daripada mereka telah berjaya meraih pendapatan melebihi RM1,700,” katanya dalam sesi pertanyaan lisan di Dewan Negara semalam.

Beliau menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda mengenai jumlah peserta yang berjaya menyertai program IPR mengikut kategori dan jumlah yang telah melepasi garis pendapatan RM1,700.

Bagi IPR-INSAN pula, seramai 374 peserta program rintis telah mendapat manfaat daripada program itu dengan purata jualan harian peserta adalah antara RM90 hingga RM400.

Daripada jumlah itu, sejumlah 199 peserta berjaya meraih purata hasil jualan melebihi RM1,700 berdasarkan rekod jualan bagi Disember 2024 dan Januari 2025.

Manakala di bawah IPR-BMT, sejumlah 2,285 ketua isi rumah miskin tegar di seluruh negara telah diluluskan projek dan program berkaitan peningkatan pendapatan.

“Daripada jumlah berkenaan, seramai 411 peserta telah berjaya melepasi paras garis kemiskinan tegar iaitu RM1,198, merangkumi 376 peserta yang telah berjaya meraih pendapatan minimum bulanan berjumlah RM1,700,” kata Hanifah Hajar. – Bernama

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok