• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 March 2025 | 09:58 AM

Premier Sarawak Sampaikan Sumbangan RM18,750 kepada Anak Yatim dan Asnaf

KUCHING, 20 Mac – Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan sumbangan berjumlah RM18,750 kepada 125 penerima terdiri daripada anak yatim dan asnaf dalam Majlis Iftar Darul Hana 2025, yang dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan & Lindungan Tanah (LCDA) di sini, pada Rabu.

Sumbangan tersebut diberikan kepada penerima daripada 13 kampung di kawasan Projek Pembangunan Darul Hana, dengan setiap penerima menerima bantuan sebanyak RM150 bagi membantu mereka membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Selain sumbangan Hari Raya, majlis turut menyaksikan penyerahan Zakat Perniagaan 2024 oleh LCDA berjumlah RM2,297,726 kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).

Zakat ini disampaikan oleh Pengurus Besar LCDA, Datu Sr. Zaidi Mahdi, kepada Pengurus Besar TBS, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie, bagi membantu lebih ramai penerima di negeri ini.

Penyerahan zakat ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) LCDA dalam memastikan masyarakat yang kurang berkemampuan terus mendapat perhatian dan bantuan.

Terdahulu, Majlis Iftar Darul Hana 2025 berlangsung di Masjid Darul Hana, Kampung Seberang Hilir, dengan kehadiran lebih 600 tetamu, termasuk kakitangan LCDA, ketua-ketua masyarakat Kampung Seberang Hilir, pegawai kerajaan, serta wakil media.

Hadir sama, Timbalan Menteri Perancangan Bandar dan Pentadbiran Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak merangkap ADUN Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Pengerusi LCDA Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Datuk Amar (Dr) Abdul Aziz Dato Husain.

Sumber : UKAS

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok