• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

10 March 2025 | 01:02 PM

Kerajaan Persekutuan dan Negeri Selaraskan Undang-Undang CCUS, Elak Pertindihan

KUCHING, 10 Mac: Kerajaan Persekutuan dan Sarawak kini dalam usaha untuk menyelaraskan undang-undang mengenai pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perbincangan antara kedua-dua pihak tersebut melibatkan peraturan-peraturan yang akan digubal bagi mengelakkan pertindihan.

Katanya, penyelarasan tersebut melihat kepada aspek antara undang-undang persekutuan dan negeri dapat diselaraskan supaya segala pertindihan atau kerjasama yang diperlukan dapat diselesaikan.

Menurut beliau, perkara tersebut akan dibincangkan kerana penyimpanan karbon di Sarawak akan melibatkan kerjasama dengan Persekutuan apabila ia melibatkan elemen rentas sempadan.

Dalam pada itu, Rang Undang-Undang (RUU) CCUS yang telah diluluskan baru-baru ini, hanya terpakai untuk Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Katanya, RUU tersabut tidak melibatkan Sarawak dan Sabah, kerana Sarawak telah mempunyai undang-undangnya sendiri untuk mengatur segala aspek berkaitan teknologi dan pengurusan karbon.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Agihan Bubur Lambuk Kejiranan Mesra di Surau Darul Al Amin, Kampung Samariang Jaya, Kuching, semalam.

Sumber & Foto: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok