• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

24 January 2025 | 04:21 PM

Kekurangan fasiliti di Hospital Umum Sarawak (SGH)

Kuching, 23 Januari: Kekurangan fasiliti di Hospital Umum Sarawak (SGH) memungkinkan segelintir pesakit akan dihantar ke hospital lain bagi mendapatkan rawatan.

Pengarah Hospital Umum Sarawak, Dr. Ngian Hie Ung berkata, fasiliti sedia ada tidak mencukupi untuk menampung lambakan pesakit yang terpaksa menunggu lama sebelum dimasukkan ke wad.

Katanya, kebiasaannya pihak hospital akan menghantar pesakit berkenaan ke hospital terdekat yang dirasakan mampu menyediakan penjagaan yang setara dengan SGH.

Beliau menjelaskan bahawa SGH merupakan hospital utama di bawah kluster hospital di selatan Sarawak, bersama lapan lagi hospital lain, termasuk Hospital Sentosa, Serian, Bau, Lundu, Simunjan, dan Pusat Jantung di Kota Samarahan.

Menurut beliau, bagi pesakit yang dirasakan perlu dipindahkan, mereka berkemungkinan akan dihantar ke hospital-hospital tersebut yang berada di bawah kluster hospital di selatan Sarawak.

Dr. Ngian berharap masyarakat memahami kekangan yang dihadapi pihak hospital dan akan berusaha untuk memastikan setiap pesakit menerima perkhidmatan penjagaan yang setara dan selesa.

Bagaimanapun, pihak hospital bersedia untuk menghantar semula pesakit ke SGH untuk rawatan sekiranya keadaan terdesak dan memerlukan.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas menyempurnakan sumbangan 12 unit bangku daripada Kelab Carnation Kuching dan Samarahan kepada Hospital Umum Sarawak, di Kuching hari ini.

#BilikBeritaCats
#Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok