• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

24 January 2025 | 04:17 PM

Sarawak Kuat Kuasa Perintah Vaksinasi Antirabies Baharu

KUCHING, 23 Jan – Kerajaan Sarawak menguatkuasakan perintah vaksinasi antirabies baharu, selepas usaha memerangi penyakit anjing gila itu masih belum berjaya sepenuhnya, sejak wabak berkenaan menular pada tahun 2017.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom yang menandatangani perintah itu semalam di bawah Seksyen 40(1) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar (VPHO) 1999 berkata, semua anjing di negeri ini, kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.

“Pemilik anjing mesti memastikan haiwan peliharaan mereka divaksin. Kegagalan mematuhi perintah ini boleh dihukum denda sehingga RM2,500.

“Anjing yang tidak divaksin dan terdedah kepada rabies akan dibunuh,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dr Rundi berkata, bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Kapit, Mukah dan Bintulu telah diisytiharkan sebagai zon dijangkiti rabies selepas kes baharu dikesan.

Katanya lagi, Sarawak merekodkan 123 kes positif daripada 889 sampel haiwan tahun lepas, dengan Kuching merekodkan 79 kes, Bintulu (16), Samarahan (10) dan Serian (enam), manakala Sri Aman, Kapit dan Mukah masing-masing mencatatkan empat kes.

Tambahnya, dari 6 Jan hingga 19 Jan tahun ini, tiga kes positif rabies melibatkan haiwan peliharaan yang bebas berkeliaran dilaporkan di Kuching dan Samarahan. – BERNAMA

#BilikBeritaCATS
#CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok