• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

03 December 2024 | 07:01 PM

Lebih banyak aktiviti dan acara dirancang untuk Kalendar Pelancongan Sarawak 2025

Kuching, 3 Disember: Lebih banyak aktiviti dan acara dirancang untuk dimasukkan dalam kalendar pelancongan Sarawak bagi tahun 2025. 

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, perancangan tersebut turut melibatkan acara-acara antarabangsa seperti festival muzik, konsert dan sebagainya. 

Manurut beliau, kalendar tersebut masih belum dimuktamadkan kerana masih lagi menunggu beberapa kertas kerja daripada pihak-pihak yang terlibat untuk dirangkumkan sekali dalam kalendar berkenaan. 

Tambah beliau, usaha ini bertujuan untuk memastikan sasaran Sarawak untuk menarik 5 juta pelancong ke wilayah ini pada tahun depan dapat dicapai.

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa perancangan ini adalah sebagai persediaan awal dan penanda aras untuk Sarawak bersempena Tahun Melawat Malaysia pada 2026.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pelancongan Negeri Sarawak 2024 di Kuching, hari ini.  

Terdahulu, mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh pejabat residen dari setiap bahagian dan agensi-agensi terlibat, yang merancang serta berbincang mengenai aktiviti pelancongan Sarawak untuk tahun hadapan.

#BilikBeritaCats #Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok