• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

03 December 2024 | 05:04 PM

Kes Murid Positif Dadah Di Sekolah Semakin Menurun Di Sarawak

KUCHING: Kes murid sekolah yang positif dadah hasil ujian saringan air kencing mencatatkan penurunan ketara dari tahun ke tahun, menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, pada Selasa.

Beliau memaklumkan bahawa usaha bersepadu pelbagai pihak termasuk Persatuan Pencegahan Dadah Malaysia (PEMADAM) Cawangan Sarawak, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah membuahkan hasil melalui pelaksanaan program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa).

Ujarnya, kes murid positif dadah di sekolah rendah dan menengah bagi tahun ini di Sarawak mencatatkan penurunan kepada 35 orang, berbanding 48 pada 2023 dan 116 pada 2022.

Jelasnya, penurunan ini dilihat sebagai hasil kerjasama yang kukuh antara PEMADAM dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, di mana pendidikan bahaya najis dadah diberikan seawal mungkin kepada pelajar.

Hasidah yang juga Timbalan Pengerusi PEMADAM Sarawak berkata demikian semasa sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan PEMADAM Negeri Sarawak 1/2024 di salah sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, sebanyak 88 program telah dilaksanakan oleh PEMADAM Sarawak sepanjang tahun 2024, melibatkan 45 daerah di seluruh negeri. Usaha ini bertujuan memastikan kesedaran masyarakat terhadap bahaya dadah terus meningkat, terutamanya dalam kalangan generasi muda.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok