• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

03 December 2024 | 05:00 PM

Scam: Wanita tempatan rugi RM130,000 teperdaya kerja sambilan di TikTok

MIRI, 3 Dis – Seorang suri rumah berusia 50-an di sini menjadi mangsa penipuan (scam) kerja sambilan selepas tertarik dengan iklan di TikTok, mengakibatkan kerugian RM130,000.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata, wanita tempatan itu dihubungi oleh seorang suspek yang menyamar sebagai ejen dan dimasukkan ke dalam kumpulan Telegram.

Beliau menerusi kenyataan hari ini memberitahu, mangsa dijanjikan akan menerima komisen tetapi suspek meminta beberapa transaksi wang sebagai syarat.

Mangsa menyedari dirinya ditipu apabila bayaran tambahan terus diminta dan kes ini sedang disiasat pihak polis.

Dalam pada itu, Dato Mancha Ata  menasihatkan orang ramai agar berhati-hati terhadap tawaran kerja sambilan di media sosial dan membuat penelitian sebelum membuat sebarang pembayaran.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok