• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

12 July 2024 | 12:24 PM

SADA perhebat usaha jerayawara ke kampung Bakong

SRI AMAN, 9 Julai: Komuniti setempat digalak untuk menyuarakan cadangan bagi pelaksanaan projek pembangunan kepada pihak Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) agar mampu meningkatkan tahap pembangunan di Bahagian Sri Aman seiring dengan pembangunan di bahagian-bahagian lain seluruh Sarawak.

Pengerusinya Dato Sri Rohani Abdul Karim turut menyarankan kepada semua agensi yang terlibat untuk bersama-sama menyelesaikan isu-isu pelaksanaan projek khasnya isu hak pemilikan tanah di tapak cadangan projek terlibat.

Berucap pada program Jerayawara SADA bersama Penduduk Kampung Melayu Bakong di Sri Aman hari ini, beliau juga menyarankan agar komuniti di bahagian Sri Aman sentiasa bersatu hati untuk menyokong usaha kerajaan dalam merancang pembangunan yang mampan di bahagian ini.

Jelasnya, isu-isu pelaksanaan projek hendaklah diselesaikan secara berhemah dan cepat agar proses kerja serta pembangunan berjalan lancar.

Program yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang itu bertujuan untuk melebarkan sayap dan nama SADA kepada komuniti setempat khususnya di bahagian Sri Aman.

Dato Sri Rohani berkata fokus program kali ini adalah lebih kepada sesi randau bersama komuniti berkenaan isu dan permasalahan yang berkait dengan projek SADA.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok