WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 02.00pm

10 TANDA ANDA PENAGIH TELEFON YANG KRONIK

Gaya


Back To Featured Content

Boleh kita perhatikan, jika anda di meja makan atau makan malam di sebuah restoran, cuba lihat di sekeliling anda. Berapa banyak orang yang leka dengan telefon pintar masing-masing? 

Melalui DailyMail, dilaporkan lebih 66 peratus rakyat negara ini tidak dapat berenggang dengan telefon pintar masing-masing. Ia juga dikenali sebagai nomophobia.

Ramai yang tidak tidak tahu bahawa mereka sebenarnya penagih gajet sehingga menggangu kualiti hidup mereka. Maksudnya, kurangnya pergaulan sesama keluarga dan lebih mementingkan perkembangan semasa akaun facebook mereka.

10 Tanda Penagih Telefon Yang Kronik

1. Tidak jauh dari telefon walaupun 15 minit

Boleh perhatikan dalam selang masa anda berenggang dengan telefon. Adakah anda dapat melupakannya walaupun kurang daripada 15 minit? Adakah anda sentiasa membawa telefon ke mana sahaja anda berada, walaupun di dalam tandas? Jika ya, anda mungkin penagih telefon yang kronik.

2. Benda pertama dan terakhir yang anda cari

Benda apakah yang pertama anda cari selepas bangun pagi? Sudah pasti bukannya memberus gigi. Selain itu, apakah benda terakhir yang anda letakkan sebelum tidur? Juga bukan buku seperti dahulu. Jika anda berbuat begini, mungkin anda seorang penagih telefon.

3. Sentiasa menggunakan telefon walaupun bukan masanya

Pernahkah anda membawa dan memeriksa telefon pintar ketika berada di masjid ataupun gereja? Bagaimana pula ketika menghadiri majlis dan taklimat penting? Bolehkah anda menumpukan perhatian dan menyimpannya di dalam beg sehingga majlis selesai? Jika anda menggunakan telefon walaupun tidak sepatutnya, anda mungkin penagih telefon yang kronik.

4. Menggunakan telefon walaupun terdapat risiko bahaya

Adakah anda salah seorang yang menggunakan telefon ketika sedang memandu atau melintas jalan? Pastinya ia sangat mengundang bahaya. Lebih menakutkan, bukan sekadar menjawab panggilan malahan ada juga yang sempat menaip jawapan mesej ketika memandu.

5. Guna telefon untuk kerja mudah

Terlalu bergantung dengan telefon bimbit walaupun untuk kerja-kerja mudah seperti menyemak ejaan atau kiraan 20+19 menggunakan kalkulator. Dengan kata lain, anda tidak suka lagi menggunakan sel otak untuk berfikir atau bekerja walaupun untuk seketika.

6. Mengabaikan masa untuk bersama keluarga

Masa yang sepatutnya diluangkan untuk keluarga sebaliknya diisi dengan memerhati notifikasi telefon pintar. Walaupun ketika bersama dengan anak-anak atau beriadah, anda pula lebih tertarik dengan status kawan-kawan di Facebook atau Instagram.

7. Guna Telefon Ketika Makan

Anda meletakkan telefon bimbit di sebelah pinggan ketika makan. Malah, ada ketikanya anda menyuap makanan sambil fokus dengan perbualan WhatApps di alam maya berbanding dengan perbualan di alam nyata dengan ahli keluarga di meja makan.

8. Resah Gelisah Tanpa Telefon

Apabila tertinggal telefon, telefon rosak atau kehabisan bateri adalah mimpi ngeri buat anda. Anda menjadi resah gelisah dan seboleh-bolehnya ingin menggantikan kehilangan telefon atau mencari pengecas secepat mungkin. Ini adalah tanda-tanda anda seorang menghidap penyakit nomophobia.

9. Sentiasa membalas mesej serta merta 

Walaupun atas perkara yang tidak penting, anda tetap membalas mesej rakan-rakan dengan serta merta. Anda juga suka menyampuk perbualan walaupun yang tidak ada kaitan dengan anda. Sekiranya telefon anda senyap seketika, anda merasakan pasti ada sesuatu yang tidak kena.

10. Lebih gemar pegang telefon daripada masukkan dalam poket / beg

Anda lebih gemar memegang telefon bimbit daripada memasukkannya ke dalam poket atau beg. Anda mahu sentiasa ada akses segera kepada telefon bimbit sekiranya ada panggilan atau mesej. Anda juga kerap ‘on’ dan ‘off’ skrin tanpa sebarang sebab.

Sekiranya anda menunjukkan salah satu simptom yang kronik seperti di atas, anda memerkukan bantuan untuk menghilangkan ketagihan terhadap telefon pintar anda.  

Menurut pakar psikologi, anda perlu melakukannya secara perlahan-lahan seperti meninggalkan telefon sekali-sekala, mengehadkan pembelian data internat, keluar daripada kumpulan WhatApps yang tidak bermanfaat dan dapatkan hobi baru yang menarik dan tidak melibatkan telefon.

Sumber: aliffchannel.com