WHAT'S NEXT

ANTAP MUSIC

12.00am - 06.00am

TAHUKAH ANDA, ADA 6 BENDA YANG LEBIH KOTOR DARIPADA TANDAS YANG SERING ANDA GUNAKAN

Kesihatan


Back To Featured Content

Manusia sangat takut dengan bakteria, terutamanya bakteria jahat. Kerana dengan adanya bakteria jahat, badan manusia mudah terdedah kepada pelbagai penyakit berbahaya.

Bila sebuat tempat kotor dan banyak bakteria, pantas fikiran kita membawa kepada kawasan tandas. Bagi kebanyakkan orang, tandas adalah tempat paling kotor di dalam rumah. Tetapi tahukah anda, sebenarnya ada banyak lagi kawasan ataupun alat yang lebih kotor daripada tandas duduk.

Berikut adalah senarai-senarai peralatan yang sebenarnya lebih banyak bakteria berbanding tandas duduk.

1. Papan pemotong sayur

Hasil kajian yang dilakukan oleh Universiti Arizona di Amerika Syarikat mendapati bahawa papan pemotong yang sering digunakan dirumah 200 kali ganda lebih tinggi bakteria berbanding tandas duduk.

Ini diburukkan lagi dengan tabiat sesetengah masyarakat yang menggunakan satu papan pemotong untuk memotong semua bahan masakkan, bermula daripada sayur-sayuran sehinggalah daging mentah.

Lebih teruk, jika papan pemotong yang digunakan adalah daripada jenis kayu yang sukar dicuci dengan cecair pembasmi kuman. Bahagian atas papan pemotong yang mempunyai kesan potong pisau merupakan rumah kepada pelbagai bakteria. Lebih selamat menggunakan papan pemotong plastik kerana lebih mudah dibersihkan.

2. Telefon

Hasil kajian yang dibuat oleh Initial Washroom Hygiene pada 2018 mendapati bahawa telefon bimbit adalah 6 kali lebih kotor daripada tandas duduk. Malah, hasil kajian ini turut diterbitkan dalam Dailymail.

Kajian tersebut mendapati bahawa secara purata, terdapat 1,479 jenis bakteria yang tinggal pada telefon bimbit, berbanding 220 jenis bakteria pada tandas duduk.

Mnakala bagi mereka yang suka menggunakan casing telefon bimbit jenis kulit ‘membawa’ bersama-sama mereka 17 kali ganda lebih bakteria daripada yang ditemui pada tandas duduk.

Keadaan ini turut diburukkan dengan tabiat sesetengah orang yang suka membawa masuk dan menggunakan telefin bimbit di dalam tandas.

3. Karpet

Karpet di rumah anda sebenarnya menjadi sarang pembiakkan bakteria kerana sering digunakan. Jika karpet diletakkan di ruang tamu, atau di depan televisyen, ia akan menjadi ruang untuk anda sekeluarga ‘melepak’ sambil berahat.

Tahukah anda, karpet mempunyak jumlah bakteria 700 kali ganda lebih tinggi daripada tandas duduk, dan salah satunya berpunca daripada sel kulit mati anda.

Menurut saintis, sebanyak 1.5 juta sel kulit mati gugur daripada badan manusia setiap sejam dan sel kulit mati adalah ‘juadah’ kegemaran bakteria. Antara bakteria-bakteria yang boleh ditemui pada karpet rumah anda adalah bakteria Salmonella, E. coli dan staphylococcus.

4. Kepala pili air

Kepala pili air di tandas mempunyai bakteria 22 kali ganda lebih tinggi manakala kepala pili air di dapur pula mempunyai bakteria 44 kali gandas lebih tinggi daripada tandas.

Hasil kajian yang dibuat juga mendapati bahawa bakteria yang ada pada kepala pili air mudah berpindah antara satu sama lain kerana seringkali digunakan oleh ramai individu.

5. Papan kekunci

Seperti kepala pili air, papan kekunci komputer adalah antara objek yang sering diguna pakai dan dalam keadaan tertentu, lebih daripada seorang pengguna seperti di pejabat ataupun di kedai komputer.

Menurut kajian yang dilakukan oleh penyelidik di Britain, papan kekuci mengandungi bakteria lima kali ganda berbanding daripada bakteria yang ditemui pada tandas duduk.

6. Span basuh pinggan

Bukan sahaja lebih kotor daripada tandas duduk, sebenarnya span basuh pinggan yang anda guna untuk membersihkan pinggan mangkuk dirumah adalah objek paling kotor yang anda boleh temui.

Hasil kajian mendapati setiap satu inci persegi permukaan span basuh pinggan mengandungi sekitar 45 bilion bakteria. Bakteria seperti E. Coli menjadikan span basuh pinggan ini sebagai rumah dan mudah ditemui kerana jarang ditukar sebelum span tersebut hancur terlebih dahulu.

Sumber: Reader Digest