WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND BEAT

04.00pm - 08.00pm

Aktiviti CATS

Aktiviti

Date: 20 April 2024

Location
Belawai Beach
Date
6 May 2023
Pejabat Daerah Tanjung Manis dengan rendah hatinya ingin menjemput penduduk sekitar Daerah Tanjung Manis untuk memeriahkan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri 2023 Peringkat Daerah Tanjung Manis yang akan diadakan pada 6 Mei 2023 (Sabtu) bersamaan 15 Syawal 1444H di Belawai Beach, Tanjung Manis bermula jam 9.00 Pagi hingga 12.00 Tengah Hari. Majlis akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.41 Kuala Rajang. Turut hadir adalah Yang Berhormat Ir. Hj. Yusuf Hj. Abd Wahab, Ahli Parlimen P.206 Tanjong Manis. Juh kita merami sabtu tok!
Location
POLITEKNIK MUKAH SARAWAK
Date
11 - 12 November 2022
NAMA PROGRAM: KARNIVAL STEM @PMU 2022 TARIKH: 11 November 2022 (Jumaat) – 12 November 2022 (Sabtu) JAM: 8.30 pagi - 4.30 petang TEMPAT: Dewan Serbaguna Politeknik Mukah ANJURAN: Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK) dengan kerjasama Persekutuan Persatuan Melanau Sarawak (PPMS), Persatuan Melanau Mukah (PMM), SMK Three Rivers Mukah dan Mukah Youth Transformation & Innovation Centre (MyTIC) DISEMPURNAKAN OLEH: Y.B. ABDUL YAKUB BIN HJ. ARBI ADUN N.58 BALINGIAN PENGENALAN PROGRAM Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK) mengambil inisiatif menjalinkan kerjasama strategik untuk mempromosikan Politeknik Mukah sebagai institusi TVET pilihan kepada pelajar-pelajar sekolah dan masyarakat setempat. Justeru itu, program Karnival STEM @PMU 2022 akan membawa pelbagai aktiviti STEM (Science, Technology, Engineering, and Mathematics) ke kampus PMU melalui jalinan kerjasama dengan Persekutuan Persatuan Melanau Sarawak (PPMS), Persatuan Melanau Mukah (PMM), Mukah Youth Transformation & Innovation Centre (MyTIC) dan SMK Three Rivers. Program ini dijadualkan berlangsung pada 11 & 12 November 2022, sebagai salah satu platform untuk menarik minat para pelajar terhadap STEM seterusnya melahirkan pelajar yang berkebolehan mereka cipta, berfikiran secara logik, memanfaatkan teknologi untuk menyelesaikan masalah dan mencipta idea atau sesuatu yang baharu. OBJEKTIF PROGRAM Program ini dianjurkan bertujuan untuk: i. Mempromosikan Politeknik Mukah sebagai institusi TVET pilihan pelajar-pelajar sekolah dan komuniti di daerah Mukah dan sekitar. ii. Menganjurkan pertandingan-pertandingan yang memfokuskan perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif STEM di kalangan para peserta. iii. Bekerjasama dengan pihak industri dan organisasi luar bagi menghasilkan program kolaborasi berimpak tinggi. AKTIVITI YANG DIJALANKAN Program ini dijangka berlangsung melalui 2 sesi mengikut butiran seperti berikut: Hari Pertama : Pertandingan dan Pameran KARNIVAL STEM @PMU 2022 Tarikh : 11 November 2022 (Jumaat) Jam : 8.30 pagi – 4.30 petang Hari Kedua : Pertandingan dan Pameran serta Majlis Perasmian Penutup Tarikh : 12 November 2022 (Sabtu) Jam : 8.30 pagi – 1.00 petang
Location
ISTANA BUDAYA
Date
9 - 11 September 2022
TANJONG : TEATER PURBAWARA ADAT PERPATIH YANG DIJAYAKAN OLEH PELAKON REMAJA DAN KANAK-KANAK Tanjong is a story that center around a region in Negeri Sembilan called Luak Tanjong. It is about the love, tears, friendship, and custom of the early establishment of Negeri Sembilan. Tanjong merupakan sebuah kisah yang bertempat di sebuah daerah Luak Tanjong di Negeri Sembilan. Kisah ini merupakan kisah cinta, air mata, persahabatan dan adat perpatih negeri sembilan. Guest Actor / Pelakon Undangan Dato’ Jalaluddin Hassan as Tok Perdano Andika Special Appearance / Penampilan Khas Kartunis Ujang and Negeri Sembilan singing legend , Ulong Bakar Location / Lokasi Istana Budaya (https://goo.gl/maps/NDtoVjwzT2vezhXf6) Date/Time 9th – 11th Sept 2022, 8.00PM Price / Harga ZONE MERAH RM100 ZONE UNGU RM70 ZONE KELABU RM50 ZONE KUNING RM50 ** For purchase of 10 tickets and above, enjoy 10% OFF with PROMOCODE TANJONGBULK10 All ticket price included RM4.00 processing fee. Debit & Credit Card payment is subject to 3% on total ticket price. FPX payment is subject to RM5.00 per-transaction. NOTE: Theater in Negeri Sembilan’s Malay languange dialect. English Subtitle Provided THEATER TANJONG SYNOPSIS The story revolves around Anjang and Baroq, brothers that are not bound by blood. Their friendship strengthens because of their father’s friendship and Baroq’s sister, Tanjong, is in love with Anjang. When their neighboring region was attacked by Bugis and the Dutch, their friendship was tested when Baroq’s father, the leader of the village, was killed during his voyage to Pagaruyung asking for help. Thus, this creates a power vacuum in the region. Based on Adat Perpatih, the position of the leader cannot be inherited but Baroq has done otherwise thus this creates a great conflict in Tanjong that leads to severe outcomes and consequences. SINOPSIS TEATER TANJONG Kisah bermula dengan persahabatan Anjang dan Baroq. Pertalian mereka ibarat saudara dan dikuatkan lagi dengan persahabatan ayah mereka dan ikatan cinta antara adik Baroq, iaitu Tanjong bersama Anjang. Apabila daerah berdekatan mereka diserang Bugis dan Belanda, persahabatan mereka diuji apabila ayah Baroq, ketua luak tersebut, meninggal dunia dalam perjalanannya ke Pagaruyung untuk meminta bantuan. Ini mengakibatkan berlakunya ketandusan kepimpinan di daerah tersebut. Mengikut adat perpatih, posisi ketua perlu digilirkan dan bukannya diwariskan. Akan tetapi Baroq menuntut menjadi pemimpin dan mengakibatkan berlaku persengketaan berdarah di daerah Tanjong. Event Dates Starts 9 Sep 2022 8:00PM Ends 11 Sep 2022 10:00PM Show Times 9 Sep 2022 08:00PM 10 Sep 2022 08:00PM 11 Sep 2022 08:00PM Venue Istana Budaya Website https://kelabteaterasar.wixsite.com/home For Enquiries ILLASO TIKETS 013 348 2101 admin@ilassotickets.com
Location
BCCK
Date
24 August 2022
Ayuh, para graduan Melayu Sarawak! Sila hadirkan diri kitak ke Konvensyen Graduan Melayu Sarawak 2022 pada 24 Ogos 2022 jam 7.00 pagi - 5.00 petang bertempat di BCCK Kuching. Sila daftarkan kehadiran anda di https://kgms.sm.my kinektok. Pastinya acara kemuncak yang dinanti-nantikan, Sesi Dialog Bersama YAB Premier Sarawak! Jumpa kitak semua di sia!
Location
Dewan Serbaguna Politeknik Mukah
Date
25 - 26 July 2022
Unit CISEC, Unit Perhubungan & Latihan Industri (UPLI) Politeknik Mukah dan PERKESO Sarawak akan mengadakan Program Industrial Collaboration & Career Exhibition (ICCX) 2022 dengan objektif memberi pendedahan kepada pelajar dengan lebih mendalam mengenai maklumat dalam bidang sesuatu kerjaya dan memberikan bimbingan kerjaya untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah dalam memilih kerjaya yang bersesuaian.
Location
Online submission, hybrid festival (onsite in Kuching)
Date
14 - 17 July 2022
Anda peminat filem? Berbakat dalam menghasilkan filem pendek? Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan menganjurkan Mini Film Festival (MFF) yang ke-18. Mini Film Festival merupakan sebuah festival filem pendek yang paling lama ditayangkan di Malaysia dibawah anjuran Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, program Sinematografi. Jadi ! Jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai pertandingan secara percuma ! Penyertaan akan dibuka mulai 14 Julai 2022 sehingga 17 Julai 2022 berdasarkan 2 kategori yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur: 1)(MAS) SEE FILMS MALAYSIAN SHORT (STUDENT’S CATEGORY) -Terbuka kepada pelajar warganegara Malaysia yang sedang menjalankan pengajian di institusi tinggi Malaysia atau luar Malaysia. -Terbuka kepada semua genre. -Filem yang dipertandingan perlu dihasilkan dalam tahun 2020 dan ke atas. 2)(MAS) SEE FILMS MALAYSIAN SHORT (OPEN CATEGORY) -Terbuka kepada semua pembuat filem Malaysia. -Terbuka kepada semua genre. -Filem yang dipertandingkan perlu dihasilkan dalam tahun 2020 dan ke atas. Untuk butiran lebih lanjut mengenai penyertaan, peserta yang berminat boleh mendaftar melalui https://bit.ly/18thMFF sebelum tarikh yang ditetapkan. Anda juga boleh mengikuti Facebook dan Instagram – Mini Film Festival untuk mengetahui segala perkembangan festival. Sebarang pertanyaan mengenai penyertaan boleh hubungi Afif Sonhajee di talian 019-8365280.

Displaying 13 to 18 of 63 record(s)

  • Untuk Maklumat Lanjut Mengenai acara-acara dan aktiviti setempat yang berlaku di Sarawak, dengarkan Zon info aktiviti CATS atau lawati www.catsfm.my
  • Jika anda mempunyai sebarang maklum balas atau ingin menghantar maklumat acara, sila emailkan kepada kami di info@catsfm.my atau boleh mengisi sendiri di ruangan Zon Info Aktiviti CATS.
  • Semua Info Aktiviti yang disiarkan melalui Zon Aktiviti adalah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.