• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

Aktiviti CATS

Aktiviti

Category: Education

Location
Rumah Kejaman Neh, Long Liten, Belaga
Date
17 - 19 February 2024
Bengkel ini bertujuan untuk menerbitkan kamus di dalam bahasa Kejaman dan menjadikannya sebagai rujukan utama yang komprehensif tentang pemikiran, budaya dan warisan etnik Kejaman yang hanya terdapat di Belaga, Sarawak. Penerbitan kamus ini juga akan memuatkan bahan tentang bahasa, sejarah, kesusasteraan dan kebudayaan etnik Kejaman. Bengkel ini merupakan julung kalinya dianjur oleh Persatuan Bangsa Kejaman S’wak ( PBKS) dan juga Dewan Bahasa & Pustaka cawangan S’wak. Ianya akan berlangsung pada 17 - 19 Feb 2024 bertempat di rumah Kejaman Neh, Long Liten, Belaga, S’wak.

POLITEKNIK MUKAH SARAWAK
Date
11 - 12 November 2022
NAMA PROGRAM: KARNIVAL STEM @PMU 2022 TARIKH: 11 November 2022 (Jumaat) – 12 November 2022 (Sabtu) JAM: 8.30 pagi - 4.30 petang TEMPAT: Dewan Serbaguna Politeknik Mukah ANJURAN: Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK) dengan kerjasama Persekutuan Persatuan Melanau Sarawak (PPMS), Persatuan Melanau Mukah (PMM), SMK Three Rivers Mukah dan Mukah Youth Transformation & Innovation Centre (MyTIC) DISEMPURNAKAN OLEH: Y.B. ABDUL YAKUB BIN HJ. ARBI ADUN N.58 BALINGIAN PENGENALAN PROGRAM Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK) mengambil inisiatif menjalinkan kerjasama strategik untuk mempromosikan Politeknik Mukah sebagai institusi TVET pilihan kepada pelajar-pelajar sekolah dan masyarakat setempat. Justeru itu, program Karnival STEM @PMU 2022 akan membawa pelbagai aktiviti STEM (Science, Technology, Engineering, and Mathematics) ke kampus PMU melalui jalinan kerjasama dengan Persekutuan Persatuan Melanau Sarawak (PPMS), Persatuan Melanau Mukah (PMM), Mukah Youth Transformation & Innovation Centre (MyTIC) dan SMK Three Rivers. Program ini dijadualkan berlangsung pada 11 & 12 November 2022, sebagai salah satu platform untuk menarik minat para pelajar terhadap STEM seterusnya melahirkan pelajar yang berkebolehan mereka cipta, berfikiran secara logik, memanfaatkan teknologi untuk menyelesaikan masalah dan mencipta idea atau sesuatu yang baharu. OBJEKTIF PROGRAM Program ini dianjurkan bertujuan untuk: i. Mempromosikan Politeknik Mukah sebagai institusi TVET pilihan pelajar-pelajar sekolah dan komuniti di daerah Mukah dan sekitar. ii. Menganjurkan pertandingan-pertandingan yang memfokuskan perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif STEM di kalangan para peserta. iii. Bekerjasama dengan pihak industri dan organisasi luar bagi menghasilkan program kolaborasi berimpak tinggi. AKTIVITI YANG DIJALANKAN Program ini dijangka berlangsung melalui 2 sesi mengikut butiran seperti berikut: Hari Pertama : Pertandingan dan Pameran KARNIVAL STEM @PMU 2022 Tarikh : 11 November 2022 (Jumaat) Jam : 8.30 pagi – 4.30 petang Hari Kedua : Pertandingan dan Pameran serta Majlis Perasmian Penutup Tarikh : 12 November 2022 (Sabtu) Jam : 8.30 pagi – 1.00 petang
Location
DATARAN ILMU SK ABANG ABDUL RAHMAN SARATOK
Date
9 September 2023
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SARATOK MENJEMPUT TUAN/PUAN UNTUK HADIR KE HARI TERBUKA ANJURAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SARATOK PADA 9 SEPTEMBER 2023 BERTEMPAT DI DATARAN ILMU SK ABANG ABDUL RAHMAN SARATOK DARI JAM 8.00 PAGI HINGGA 4.30 PETANG. PROGRAM INI BERTUJUAN UNTUK MENDEKATKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SARATOK DENGAN MASYARAKAT SETEMPAT. PELBAGAI PAMERAN DAN AKTIVITI BERKAITAN DENGAN DUNIA PENDIDIKAN AKAN DIANJURKAN. JOM DATANG BERAMAI-RAMAI UNTUK MEMERIAHKAN SAMBUTAN HARI TERBUKA INI.
Location
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan
Date
27 April 2024
Program ini merupakan anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar(JHEP) bersama pelajar-pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan dalam usaha meningkatkan daya kepimpinan, semangat sukarelawanan dan juga motivasi dalam keusahawanan. Program ini melibatkan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan seperti Klinik Kesihatan, Sarawak Teachers Union (STU) dan juga Baitulmal Sarawak sebagai pelengkap dalam menyediakan pelajar IPGMKTAR dalam usaha menjadi guru yang berintegriti, penuh komitmen, berdaya saing dan berinsaniah. Melalui program ini juga, jawatankuasa penganjuran dan pengelolaan JPP turut menganjurkan Program Senam Tari (SENARI), Pertandingan Melukis dan Pertandingan Mewarna bersama komuniti awam di Bahagian Samarahan. Program ini juga menampilkan lebih 40 tapak jualan pelbagai barangan bagi menyahut seruan "Transaksi Tanpa Tunai" yang divisikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Displaying 1 to 6 of 16 record(s)