WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

DATUK SANGGUP JALAN KAKI 60KM UNTUK HANTAR TELUR KEPADA CUCU KERANA TAKUT 'CUCUNYA TAK CUKUP MAKAN'

Satu cerita mengenai seorang datuk yang sanggup berjalan sejauh 60 kilometer (km) untuk menghantar telur kepada cucunya menyentuh hati netizen


Back To Whats Hot

Satu cerita mengenai seorang datuk yang sanggup berjalan sejauh 60 kilometer (km) untuk menghantar telur kepada cucunya menyentuh hati netizen.

Lelaki tua yang berusia dalam lingkungan 80-an itu dikesan berjalan perlahan-lahan di atas jalan raya di bandar Zunyi di Guizhou pada Isnin petang sebelum ditahan oleh polis.

Lelaki tua tersebut memberitahu polis bahawa dia dalam perjalanan untuk berjumpa dengan cucunya. Lelaki itu turut membawa berdozen-dozen telur bersamanya.

Risau sekiranya cucunya yang rajin itu tidak mempunyai makanan yang cukup, datuk itu memulakan perjalanan sekitar jam 7 pagi Isnin untuk mengembara sejauh 60km sebelum dihentikan oleh polis ditengah jalan.

Datuk itu kemudian dibawa oleh polis ke destinasi yang ingin dituju.

Lelaki tua itu berkata dia tidak mahu mengambil bas kerana mahu menjimatkan duit, namun mengaku beberapa biji telur sudah pecah ketika berjalan.

Setibanya di destinasi, cucunya berkata dia langsung tidak tahu tentang perancangan datuknya itu, lagi-lagi dengan sejumlah telur yang banyak.

Katanya juga, dia akan membawa datuknya itu untuk makan sedap-sedap sementara dia masih di bandar.