WHAT'S NEXT

CATS PREBIU

08.00pm - 09.00pm

13 KESALAHAN YANG WAJIB DIELAKKAN DI BULAN RAMADHAN

Walaupun syaitan diikat pada bulan Ramadan, namun diri kita masih tidak mampu dikawal dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan


Back To Whats Hot

Walaupun syaitan diikat pada bulan Ramadan, namun diri kita masih tidak mampu dikawal dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Dengan iman di dada yang pasang surut, serta nafsu di dalam diri yang tidak sukar dikawal, kita sering melakukan kesilapan yang kita beranggapan sebagai kesalahan remeh.

Sedar tak sedar, kesalahan-kesalahan ini sebenarnya mengurangkan pahala Ramadan kita dikala kita berasakan kita sudah buat yang terbaik. Sesungguhnya waktu bulan inilah yang kita perlu gunakan untuk menjadi permulaan kepada Muslim yang lebih baik dan seterusnya beristiqamah pada bulan-bulan yang lain.

solat tarawih 41

Sebaik-baiknya kita harus mengelakkan diri daripada melakukan dan mengulangi lagi kesalahan-kesalahan yang dimaksudkan untuk mendapatkan rahmat yang lebih di bulan mulia ini. Iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 13 kesalahan yang sering kita lakukan di bulan Ramadan sama ada dalam keadaan sedar atau tidak.

1. Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja, bukan dengan sebab keuzuran. Ramai yang ingat bila dah batal puasa tu boleh makan ikut suka saja. Bagi mereka yang uzur di sisi Islam pun perlu menjaga adab makan di hadapan orang yang berpuasa, apatah lagi mereka yang sihat walafiat namun batal puasa.

geng beg plastik hitam

2. Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Jika kita tidak solat, maka kita hanya dapat lapar dan dahaga sahaja.

makan terlalu banyak

3. Makan terlalu banyak ketika berbuka hingga melewatkan solat. Ya memang waktu berbuka itu perlu makan setelah seharian berpuasa, namun adalah lebih baik untuk makan tidak terlalu banyak, atau lebih bagus jika berbuka dengan buah kurma dan segelas air terlebih dahulu. Kemudian tunaikan solat maghrib, dan sambung makan jika mahu. Ada yang disebabkan makan terlalu banyak hingga menjadi malas dan terlepas solat maghrib.

4. Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Yang ini antara yang paling ketara kita boleh lihat, ramai yang buat alasan tak produktif sebab letih.

5. Wanita beramai-ramai solat tarawih di masjid tanpa menjaga aurat. Sambil memperbanyakkan amalan di bulan puasa, adalah lebih baik jika menjaga batas dan adab yang wajib terlebih dahulu.

berdoa 861

6. Tidak memperbanyakkan berdoa tatkala berpuasa dan berbuka. Antara waktu yang paling baik untuk berdoa adalah ketika berpuasa dan ketika hendak berbuka.

7. Makan malam di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Perkataan sahur itu bermaksud akhir malam atau sepertiga malam. Melewatkan sahur adalah sunat.

Kata Zaid bin Thabit: “Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)”. Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama antara sahur azan dan sahur tersebut?”. Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

tarawih

8. Tidak mengutamakan solat fardhu berjemaah sepertimana tarawih. Ini biasa sangat. Disebabkan oleh tarawih hanya dilakukan di bulan Ramadhan, ramai yang lebih mengutamakan solah tarawih berjemaah daripada solat yang wajib iaitu solat fardhu 5 waktu.

berbuka dengan merokok 438

9. Berbuka dengan merokok, atau selain makan minum. Bagi mereka yang merokok, berpuasa seharian menyebabkan mereka tidak dapat merokok, dan ramai juga di antara mereka yang berbuka bukan dengan makanan, tapi dengan merokok. Ianya adalah makruh, dan kita tahu bahawa hukum merokok itu adalah haram di sisi Islam. Berbukalah dengan makanan, dan dengan makanan yang halal hendaknya.

tidur di bulan puasa 621

10. Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadah. Beberapa alim ulama berpendapat bahawa hadis yang mengatakan tidur di siang hari adalah hadis doif. Ramai yang menggunakan kesempatan ini untuk melebihkan tidur di siang hari, sehinggakan terlepas peluang amalan lain termasuk solat fardhu.

11. Mengganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur. Ramai yang beranggapan waktu imsak adalah sudah bermulanya puasa dan tak boleh lagi bersahur. Rasulullah S.A.W. bersahur lewat, kira-kira jarak 50 ayat sebelum masuknya waktu subuh.

12. Tidur selepas sahur tanpa solat sunat dan subuh berjemaah. Sangatlah merugikan jika anda tidur tanpa solat subuh berjemaah, kerana di bulan Ramadhan adalah sebaik-baik waktu untuk beribadat. Jadi, setelah selesai bersahur, adalah lebih baik terus solat sunat dan subuh berjemaah.

persiapan raya

13. Terlalu sibuk dengan persiapan hari raya terutama 10 hari terakhir. Ini yang paling parah. Siapa tak seronok kan hari raya dah dekat, semua orang tak sabar. Tapi biasanya kita di Malaysia akan fokus untuk menyiapkan persiapan raya sehinggakan terlupa kita masih di bulan Ramadhan. Segala amal ibadah yang sepatutnya diperbanyakkan, sebaliknya menjadi berkurangan disebabkan kelekaan kita bersiap-siap untuk beraya. Sehinggakan kita terlupa atau tidak endahkan Lailatulqadar.

Selamat berpuasa.