WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

KOREA SELATAN GUNA PEMBESAR SUARA SEBAR BERITA KEMATIAN JONG-NAM

KOREA Selatan dilapor menggunakan pembesar suara gergasi untuk menyebarkan berita mengenai kes pembunuhan Kim Jong-nam


Back To Whats Hot

KOREA Selatan dilapor menggunakan pembesar suara gergasi untuk menyebarkan berita mengenai kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Menurut stesen TV MBC Seoul, Korea Selatan meletakkan pembesar suara yang kuat itu di sempadan antara kedua-dua negara bagi memastikan berita kematian Jong-nam dapat didengar dengan jelas.

"Kim Jong-nam ... meninggal dunia selepas diserang oleh dua wanita yang tidak dikenali di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Malaysia.

"Pihak berkuasa Malaysia berkata empat suspek adalah warga Korea Utara termasuk seorang yang berjaya ditahan," demikian menurut berita yang disampaikan melalui pembesar suara itu.

Kementerian Pertahanan di Seoul bagaimanapun enggan mengesahkan laporan menerusi siaran terkini itu atas faktor bimbang dengan keselamatan negara.

Tentera Korea Selatan bertahun-tahun lamanya menyebarkan pelbagai berita dunia, mesej propaganda dan lagu-lagu K-pop di seberang sempadan menggunakan puluhan pembesar suara yang disasarkan kepada tentera Korea Utara.

Kedua-dua negara itu hanya dipisahkan dengan jarak sekitar 10 kilometer.

Siaran propaganda itu sangat dibenci oleh Pyongyang yang pernah mengancam untuk memusnahkan pembesar-pembesar suara berkenaan.

 

Sumber: mStar