WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

LAGU ‘SUDAH KU TAHU’ DICIPTA DI RUMAH MAYAT HOSPITAL

SIAPA sangka, lagu yang mengangkat nama Projector Band seterusnya memenangi tempat ketiga dalam Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31)


Back To Whats Hot

Perkara itu didedahkan oleh pencipta lagu itu, Razif yang juga merupakan gitaris kumpulan tersebut.

Menurutnya, dia mencipta lagu itu ketika sedang bertugas menjaga rumah mayat di Hospital Kuala Kubu Bharu, Selangor.

“Saya bekerja sebagai pengawal keselamatan di hospital berkenaan sejak 2011 selama tiga tahun dan sering bekerja pada waktu malam.

“Jadi bagi mengelakkan rasa takut dan bosan saya sering bawa gitar dan ilham menghasilkan lagu berkenaan datang ketika saya menjaga rumah mayat,” katanya.

Selain, dia akui mendapat ilham mencipta lagu itu dari kisah cintanya yang terputus di tengah jalan.

Namun, kerana tidak mahu lagu berkenaan kedengaran terlalu berbaur peribadi, Razif menyesuaikan supaya berifat umum.

“Jika ikutkan kisah sebenarnya lebih ‘seram’ tetapi apa yang saya tampilkan dalam Sudah Ku Tahu lebih kepada asas dan umum sahaja.

“Apa-apa pun saya memang tidak menyangka lagu ini akan pergi sejauh ini dan mendapat tempat ketiga adalah satu kejayaan besar memandangkan kami masih baru dalam industri hiburan.

“Kemenangan ini juga menaikkan lagi semangat kami untuk terus berkarya dalam menghasilkan lagu lebih baik pada masa hadapan,” ujarnya.

Dengan kemenangannya di AJL31, Projector Band membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000 berserta trofi.

Difahamkan, demi memberi tumpuan kepada pertandingan ini, vokalis kumpulan ini, Iskandar juga sanggup mengambil cuti selama dua bulan daripada pengajiannya di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).