WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

PEJABAT TOURISM MALAYSIA SELURUH NEGARA DITUTUP SERTA-MERTA

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menutup semua pejabat Tourism Malaysia di seluruh negara


Back To Whats Hot

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menutup semua pejabat Tourism Malaysia di seluruh negara, berkuat kuasa serta-merta. Penutupan itu bertujuan bagi mengelak pertindihan bidang kerja promosi yang turut dijalankan di Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) masing-masing.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata setiap negeri mempunyai pejabat pelancongan di kerajaan negeri yang dipengerusikan oleh EXCO pelancongan masing-masing. Sehubungan itu, katanya, pihak kementerian akan mewujudkan pusat penerangan pelancongan mengikut wilayah yang akan dibuka di Pulau Pinang bagi kawasan utara, Terengganu (pantai timur), Johor (selatan) dan masing-masing di Lapangan Terbang Kuching dan Kota Kinabalu, serta-merta.

"Kita berasakan setiap negeri bersungguh-sungguh menganjurkan promosi pelancongan di negeri masing-masing dan ia lebih baik apabila pejabat ini (Tourism Malaysia) ditutup tanpa membuang pekerja sedia ada. "Dengan penutupan ini juga, kita berupaya menjimatkan kos sehingga RM6 juta setahun," katanya selepas merasmikan sambutan Tahun Baharu Cina dan ulang tahun pertama Freeport A Famosa, di sini, sebentar tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Pengarah Urusan A Famosa, Datuk Alex Lau.