WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

MERIAHNYA NIKAH BUNGA, NETIZEN TANYA MANA ARIEL

Sepanjang tempoh kematian suami, BCL hangat digosipkan menjalin cinta dengan Ariel Noah - Sumber Foto Kosmo Online!


Back To Whats Hot

Ketika kemeriahan majlis perkahwinan penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) dan Tiko Aryawardhana masih hangat menjadi tajuk berita, ramai peminat masih tercari-cari kelibat sahabat rapatnya, Ariel.

Perkara tersebut diluahkan sebilangan pengikut tegar BCL kerana hubungan akrabnya dengan vokalis Noah itu bukan baharu setahun dua.

Malah, tidak kurang yang berharap dapat melihat BCL dan Ariel bergambar bersama-sama rakan selebriti lain di lokasi perkahwinan terletak di Bali, Indonesia.

Begitupun daripada komen, ada yang memberi bayangan ketiadaan Ariel disebabkan bekas kekasihnya, Luna Maya juga hadir sebagai jemputan.

“Di mana Ariel? Patut tak muncul, ada bekas kekasihnya di situ,” usik seorang netizen.

Sumber: Kosmo Online!
Oleh HANISAH SELAMAT
 
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini