WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

TOM CRUISE SEDIA UNTUK KAHWIN

Yakin Bakal Jumpa Pasangan Sempurna - Sumber Foto Cosmpolitan


Back To Whats Hot

Pelakon Tom Cruise berharap untuk memiliki teman hidup biarpun pernah melalui kegagalan rumah tangga sebanyak tiga kali sebelum ini. 

Menurut laporan Mirror UK, Tom Cruise,60, berkata dia terbuka untuk mencari pasangan dan yakin akan menemui wanita yang sempurna. 

Baru-baru ini, Tom dikaitkan dengan penyanyi Shakira, namun wanita itu dikatakan tidak berminat dengannya. Shakira juga memohon agar Tom berhenti untuk menggodanya kerana dia sedang melalui fasa rumit berikutan perpisahan yang menyakitkan bersama pemain bola sepak, Gerard Pique. 

Untuk rekod, Tom pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali bersama bintang popular Hollywood iaitu, Mimi Rogers, Nicole Kidman dan Katie Holmes. 

Hasil pernikahannya, Tom dikurniakan tiga cahaya mata, Isabella Jane Cruise, 30, Connor Cruise,28 dan Suri Cruise,17. 

Sumber: Mstar

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini