WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

KELUARGA RESTU HUBUNGAN KYLIE JENNER DAN TIMOTHEE CHALAMET

Kylie Jenner & Timothee Chalamet Bagai Tidak Boleh Berpisah - Sumber Foto Mstar


Back To Whats Hot

Hubungan selebriti media sosial, Kylie Jenner dan pelakon Timothee Chalamet dilaporkan sudah mendapat restu daripada keluarga Kardashian. 

Menurut laporan Mirror UK, keluarga Kylie merestui hubungan mereka kerana merasakan Timothee adalah lelaki tepat selepas bertemu sendiri dengannya. 

Memetik laporan Daily Mail, pasangan selebriti itu dikatakan bagai tidak boleh berpisah dan menghabiskan masa lebih daripada enam hari seminggu bersama. 

Bagaimanapun, sumber lain pasangan berkenaan mendakwa Kylie dan Timothee belum memasuki fasa serius kerana fokus utama usahawan itu adalah dua anaknya. 

Untuk rekod, Kylie mempunyai dua cahaya mata bersama Travis Scott iaitu, Stormi Webster, 5 dan Aire Webster, 1.  

Sumber: Mstar

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini