WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

FAUZI NAWAWI SEDIH BERJAUHAN LAMA DENGAN ISTERI

Lisdawati Tunai Ibadah Haji, Fauzi Nawawi Sedih Berenggan Dengan Isteri - Sumber Foto Mstar


Back To Whats Hot

Baru-baru ini, perkongsian pelakon Fauzi Nawawi menjadi perhatian apabila memaparkan aktor itu sebak ketika menghantar isterinya, Lisdawati menunaikan ibadah Haji.

Memetik mStar Online, Fauzi berkata dia sebak kerana isterinya itu ada meninggalkan pesanan meminta menjaga anak jika dia tidak kembali sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah. Malah, Fauzi berkata dia tidak pernah berjauhan lama dengan isterinya itu.

“Dia ada tinggalkan pesanan sebelum pergi tu, kalau dia pergi tak kembali jadi dia minta saya jaga anak-anak dan jaga keluarga dengan baik dan itu buatkan saya sebak sebab kebanyakan yang pergi sana semua berniat untuk meninggal dunia di tanah suci Mekah.

“Siapa je tak sebakkan? Saya tak pernah berenggang lama dengannya. Isteri pergi selama 46 hari, dia (Lisdawati) dapat keputusan pergi pun mengejut daripada pihak Tabung Haji dan tawaran itu tak boleh nak lepaskan,” katanya.

Sumber: Mstar

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini