WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

GAGAL BERDAMAI, FARID TETAP TAK NAK LAFAZ TALAK

Farid Kamil Tetap Dengan Pendiriannya - Sumber Foto Berita Harian


Back To Whats Hot

PETALING JAYA: Meskipun laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, memaklumkan gagal menemui perdamaian, namun Farid Kamil tetap dengan pendirian tidak melafazkan cerai terhadap isterinya, Diana Danielle.

Farid menyatakan pendiriannya selepas ditanya Hakim Syarie Shukran Yusof sama ada dia selaku defendan bersedia melafazkan cerai atau sebaliknya.

Berikutan itu, mahkamah memerintahkan kes perceraian diteruskan dengan timbang tara iaitu hakam.

Mahkamah kemudiannya menetapkan kes diteruskan ke peringkat hakam kerabat atau keluarga dengan 15 Jun depan sebagai tarikh sebutan kes dan pelantikan hakam.

Dalam masa sama, mahkamah juga menetapkan tarikh sama untuk sebutan kes permohonan nusyuz yang dibuat Farid terhadap Diana.

Ini kerana laporan itu menyatakan Diana nekad mahu bercerai kerana mendakwa sudah tiada persefahaman, manakala Farid tetap dengan pendirian enggan berpisah kerana masih menyayangi keluarga.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini