WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

DYNAS MOKHTAR SELAMAT BERSALIN ANAK PEREMPUAN

Ketentuan Illahi. Allhamdulillah seorang bayi perempuan unutuk kami - Sumber Foto Instagram Dynas Mokhtar


Back To Whats Hot

Pelakon dan pengacara Dynas Mokhtar selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi Instagram Dynas, 39, yang meluahkan rasa syukur atas kelahiran anak mereka. 

“Ketentuan Illahi. Allhamdulillah seorang bayi perempuan unutuk kami,” katanya. 

Dynas juga turut memuatnaik gambar tangannya bersama suami dan bayi mereka. Perkongsian Dynas itu dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminatnya. 

Untuk rekod, Dynas mendirikan rumah tangga bersama suaminya Mohd Shazrik Che Mohd Din,40, dan dikurniakan seorang anak lelaki Edriel Obil, 3. 

Menerusi perkahwinan terdahulu, Dynas dikurniakan sepasang cahaya mata Khyra Khalyssa,12 dan Mohamed Haqaish, 9. 

Sumber: Mstar

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini