WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

WANITA BERJANGGUT HIDUP BERSAMA LIMA KEKASIH

Jessica D Czerwinski yang mempunyai janggut mendakwa dia kini mempunyai empat kekasih lelaki salin seorang suaminya - mediadrumimages/JessatTheBeardeL


Back To Whats Hot

LOS ANGELES – Seorang wanita yang mengaku mempunyai janggut terpanjang di dunia berkata, dia kini menjalani kehidupan terbaiknya bersama lima kekasih lelaki, lapor portal berita Daily Star semalam.

Wanita itu, Jessica D Czerwinski, 37, yang tinggal di Amerika Syarikat  juga dikenali sebagai ‘Jessa The Bearded Lady’ dan mempunyai janggut sepanjang 38.1 sentimeter.

Janggutnya sekarang sebenarnya 11.43 sentimeter lebih panjang daripada pemegang rekod dunia ketika ini, Vivian Wheeler.

Jessica iaitu seorang personaliti televisyen kini menjalinkan hubungan jarak jauh dengan lima orang dan telah berkahwin secara sah dengan salah seorang daripada mereka.

Dia berkahwin dengan seorang pesara tentera marin AS berusia 71 tahun yang dikenali sebagai Paul. Jessica mengenali Paul ketika wanita tersebut berusia dalam lingkungan dua puluhan. 

Wanita itu juga mengalami sindrom ovari polikistik dan fibromyalgia.

Sindrom ovari polikistik adalah keadaan yang mempengaruhi cara ovari berfungsi dan tanpa rawatan, ia membawa kepada masalah sistemik yang meluas seperti kehilangan tulang dan kanser.

Sementara itu, fibromyalgia adalah keadaan yang menyebabkan kesakitan yang meluas, keletihan yang melampau dan kemurungan.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini