WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

LELAKI DIDENDA RM3,000 KERANA BUANG PUNTUNG ROKOK ATAS JALAN

Puntung rokok adalah satu daripada sampah yang paling sering ditemui oleh pegawai penguatkuasa. – John R. Platt


Back To Whats Hot

LONDON – Seorang lelaki dikenakan kompaun £558 (RM2,946) selepas membuang puntung rokok di atas jalan di hadapan pegawai penguatkuasa majlis perbandaran, lapor akhbar Metro UK semalam.

Alex Davis ketika itu berjalan kira-kira 20 meter di hadapan kakitangan majlis perbandaran di Gloucestershire, England, apabila dia membuang puntung rokok di atas jalan sebelum berlalu.

Pegawai Penguatkuasa Jalan itu kemudian menghampiri Davis dan memberikan notis saman kepadanya kerana membuang sampah merata-rata pada Ogos tahun lalu.

Namun, dia gagal membayar denda permulaan sebanyak £150 (RM792) dan didapati bersalah ketika dibicarakan di mahkamah majistret Bristol semalam.

Dia diarah membayar denda berjumlah £220 (RM1,162), bersama-sama kos sebanyak £250 (RM1,320) dan surcaj sebanyak £88 (RM464), menjadikan jumlah keseluruhan £558 (RM2,946).

Ahli majlis yang bertanggungjawab untuk penguatkuasaan alam sekitar di Majlis Perbandaran Gloucestershire Selatan, Rachael Hunt berkata: “Puntung rokok adalah satu daripada sampah yang paling kerap ditemui oleh pegawai penguatkuasa kami, terutamanya di jalan raya.

“Lelaki ini didapati bersalah kerana membuang sampah merata-rata dan mengakui kesalahannya namun, dia tidak membayar denda yang dikenakan. Justeru, perkara ini dibawa ke mahkamah,” ujarnya.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini