WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

PARLIMEN INDONESIA LULUS UNDANG-UNDANG LARANG SEKS LUAR PERKAHWINAN

Pengantin perempuan dan pengantin lelaki mengambil bahagian dalam perkahwinan beramai-ramai di sebuah padang di Bantul, Yogyakarta pada 12 Ogos 2020


Back To Whats Hot

JAKARTA – Parlimen Indonesia meluluskan rang undang-undang melarang hubungan seks di luar perkahwinan dan membuat perubahan besar-besaran lain pada kanun jenayah dalam langkah yang disifatkan oleh pengkritik-pengkritik sebagai halangan kepada kebebasan di negara berkenaan.

Selepas kanun jenayah baharu itu menerima undi majoriti anggota Parlimen semasa sidang pleno, Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat, Sufmi Dasco Ahmad memukul palu, menandakan teks itu diluluskan dan menjerit ‘sah’.

Kumpulan-kumpulan hak asasi manusia telah memprotes pindaan itu dan mengecam tindakan keras terhadap kebebasan sivil serta peralihan ke arah fundamentalisme di Indonesia iaitu negara dengan majoriti penduduk beragama Islam paling ramai di dunia.

“Kita telah cuba sedaya upaya untuk mengambil kira isu-isu penting dan pendapat berbeza yang dibahaskan. Bagaimanapun, sudah tiba masanya untuk kita membuat keputusan bersejarah mengenai pindaan kanun keseksaan dan meninggalkan kanun jenayah versi penjajah(Belanda) yang kita warisi,” kata Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Yasonna Laoly kepada Parlimen.

Beberapa artikel utama kod yang baru diluluskan itu ialah mengkategorikan seks sebelum nikah atau sebelum berkahwin sebagai kesalahan jenayah, begitu juga bersekedudukan dengan pasangan yang belum berkahwin.

Terdapat juga kebimbangan peraturan tersebut boleh memberi kesan besar kepada komuniti lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) di Indonesia di mana perkahwinan songsang tidak dibenarkan.

Jurucakap Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Albert Aries mempertahankan pindaan sebelum pengundian dan berkata, undang-undang itu akan melindungi institusi perkahwinan.

Beliau berkata, perbuatan seks sebelum perkahwinan dan luar nikah hanya boleh dilaporkan oleh pasangan, ibu bapa atau anak-anak sekali gus mengehadkan skop pindaan itu.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini