WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

MAHKAMAH PUTUSKAN PEKERJA BERHAK BERSIKAP ‘BORING’ DI PEJABAT

Mahkamah memutuskan bahawa T mempunyai hak untuk menjadi seseorang yang membosankan. – Unsplash


Back To Whats Hot

PARIS – Sebuah mahkamah di Perancis baru-baru ini memutuskan bahawa seorang lelaki yang dipecat daripada sebuah firma perunding kerana tidak memiliki sikap menyeronokkan, sememangnya mempunyai hak untuk menjadi seseorang yang membosankan, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Pada 2015, syarikat Cubik Partners berpangkalan di Paris, memecat lelaki yang hanya dikenali sebagai T itu dengan alasan dia bukan pendengar yang baik, sukar untuk bekerjasama dan dia membosankan.

Menurut firma tersebut, T tidak keluar menghabiskan masa bersama rakan-rakan sekerja selepas waktu pejabat yang merupakan sebahagian daripada kaedah untuk membina semangat berpasukan.

T bagaimanapun menjelaskan bahawa dia hanya enggan turut serta dalam beberapa aktiviti keterlaluan seperti minum minuman beralkohol dalam kuantiti banyak serta berkongsi katil dengan rakan sekerja.

Selepas dipecat, T membawa perkara itu ke mahkamah dengan hujah bahawa dibuang kerja hanya kerana tidak menjadi seseorang yang menyeronokkan, adalah salah di sisi undang-undang.

Selepas pertikaian undang-undang selama bertahun-tahun, mahkamah memutuskan bahawa Cubik Partners tidak mempunyai hak untuk memaksa seseorang mengambil bahagian dalam seminar atau aktiviti hujung minggu yang berakhir dengan pengambilan alkohol dalam kuantiti banyak.

Mahkamah sama turut menetapkan bahawa Cubik Partners terlibat dalam amalan yang memalukan dan mengganggu privasi pekerja seperti menggalakkan aktiviti seksual dengan  mewajibkan pekerja berkongsi katil dengan rakan sekerja semasa seminar. Ia turut menggunakan nama samaran untuk merujuk kepada seseorang serta menggantung gambar-gambar memalukan di pejabat.

T turut berhak mendapat bayaran pampasan sebanyak AS$3,000 (RM13,520). 

Kakitangan itu turut meminta pampasan kerugian tambahan berjumlah AS$473,000 (RM2.1 juta) daripada bekas majikannya yang akan diputuskan mahkamah dalam perbicaraan akan datang.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini