WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

MINUM KOPI SEMASA HAMIL TINGKAT RISIKO ANAK PENDEK

Kajian itu menyimpulkan bahawa kafein menjejaskan ketinggian anak jika diambil ibu semasa dalam kandungan. - Shutterstock


Back To Whats Hot

WASHINGTON – Satu kajian baharu mendapati bahawa tabiat meminum kopi ketika hamil meningkatkan risiko anak menjadi pendek, lapor akhbar New York Post semalam.

Kajian itu diterbitkan semalam dalam Journal of the American Medical Association (JAMA). 

Ia mencadangkan bahawa wanita yang minum setengah cawan kopi setiap hari semasa hamil boleh mengurangkan ketinggian anak hampir 2.5 sentimeter apabila masuk ke sekolah rendah.

Kajian itu dihasilkan dengan kerjasama lebih 10 pakar perubatan dan penyelidik. Mereka meninjau hampir 2,500 kanak-kanak berusia antara empat hingga lapan tahun di seluruh Amerika Syarikat.

Penyelidik menggunakan sampel darah untuk menentukan tahap kafein yang tepat dan metabolite paraxanthine.

“Walaupun implikasi klinikal berkaitan pengurangan ketinggian itu tidak jelas, penemuan kami untuk ketinggian kanak-kanak adalah sama jika dibandingkan dengan ibu yang merokok semasa hamil.

“Kami secara konsisten melihat ketinggian yang lebih rendah yang dikaitkan dengan peningkatan risiko pelbagai penyakit kardiometabolik dalam kedua-dua individu hamil dan tidak hamil,” jelas kajian itu.

Walaupun sebab sebenar mengapa kopi boleh membuat kanak-kanak menjadi lebih pendek masih tidak jelas, kajian itu menyatakan bahawa kafein adalah perangsang yang tidak dimetabolisme oleh janin yang sebaliknya terkumpul di dalam tisu.

“Adalah penting untuk menentukan sama ada pendedahan kafein dalam rahim mempunyai implikasi pertumbuhan jangka panjang dalam anak-anak,” demikian menurut kesimpulan kajian tersebut. 

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini