WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

‘AVENGERS’ BERKAS PENGEDAR DADAH GUNA TUKUL ‘THOR’

Operasi Marvel membawa kepada penangkapan tiga lelaki dan seorang wanita selain rampasan 3,250 bungkusan kecil pes kokain, 287 beg berisi kokain


Back To Whats Hot

LIMA, PERU – Sepasukan anggota polis di Peru bertindak menumpaskan sindiket pengedar dadah selepas menyamar dengan memakai kostum adiwira  pasukan Avengers semasa sambutan hari Halloween, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menerusi operasi digelar Operasi Marvel, anggota-anggota polis memakai kostum tiga watak adiwira francais tersebut iaitu Spider Man, Captain America dan Thor selain turut disertai oleh seorang lagi anggota yang berpakaian Catwoman.

Keempat-empat anggota tersebut berpura-pura melakukan penggambaran video promosi bagi sebuah konsert Halloween akan datang.

Mereka meninjau di sekitar jalan di Lima sehingga tiba di rumah suspek.

Sejurus tiba, ‘Captain America’ menggunakan tukul milik ‘Thor’ untuk memecah pintu rumah tersebut, di mana mereka turut disertai oleh 10 anggota sokongan.

Polis dalam satu kenyataan pada Selasa lalu berkata, kumpulan penjenayah pada awalnya menyangka situasi rumah yang dipecah masuk itu merupakan gurauan Halloween.

Mereka bagaimanapun menyedari bahawa ia serbuan sebenar apabila ‘Spider Man’ mula beraksi dan menjatuhkan seorang suspek ke lantai.

Operasi tersebut membawa kepada penangkapan tiga lelaki dan seorang wanita selain rampasan 3,250 bungkusan kecil pes kokain, 287 beg berisi kokain dan 127 ganja.

Menurut laporan, 1 kilogram pes kokain dijual pada harga sekitar £330 (RM1,786) di Peru, manakala kokakin hidroklorida, yang merupakan bentuk paling tulen dadah tersebut dijual pada harga kira-kira  £869 (RM4,705).

“Di bangunan ini, sebuah keluarga menjalankan perniagaan menjual dadah, termasuk si ibu, bapa dan anak-anak mereka.

“Mereka menjual dadah di sebuah taman berdekatan dan sekiranya tidak melakukan kegiatan tersebut, mereka akan keluar ke jalan-jalan dan mencuri telefon bimbit,” kata Kolonel Polis,  David Villanueva.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini