WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

TANGKI AIR BERUBAH JADI RUMAH MEWAH

Hunt berjaya mengubah suai tangki air tersebut menjadi hartanah mewah berharga 1 juta (RM5.4 juta). – Apex


Back To Whats Hot

LONDON – Seorang lelaki England mendedikasikan masa selama dua tahun untuk mengubah suai menara tangki air konkrit menjadi sebuah banglo bernilai £1 juta (RM5.4 juta), lapor akhbar The Sun.

Rob Hunberjaya mengubah tangki konkrit berusia 80 tahun itu menjadi sebuah hartanah mewah di Bideford, Devon.

Selepas membeli menara tangki air yang dibina dalam tahun 1940-an itu pada 2019, Hunt mengubah suainya menjadi kediaman keluarga yang mempunyai empat bilik dengan tingkap besar.

Banglo itu juga dilengkapi sistem pemanas bawah lantai bagi memastikan ia panas dan selesa sepanjang tahun.

“Saya tidak pernah membuat sesuatu seperti ini sebelum ini.

“Saya pernah mengubah suai rumah sewa dan beberapa kerja membaik pulih yang mempunyai reka bentuk aneh, namun semuanya kelihatan biasa,” kata Hunt.

Ketika mengubah suai hartanah tersebut, Hunt tinggal di dalam sebuah karavan terpakai miliknya yang diletakkan berhampiran menara tangki air itu.

Dia menghabiskan masa berminggu-minggu untuk memotong konkrit setebal 25.4 sentimeter berseorangan sebelum membawa seorang pekerja untuk membantunya.

Hunt merancang untuk menjual hartanah itu pada musim panas tahun depan.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini