WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

KASUT TERPANTAS DI DUNIA BERHARGA RM6,604

Kasut ini dikuasakan oleh bateri dan mampu berjalan sehingga 9.6 km selepas dicas penuh. - Shift Robotics


Back To Whats Hot

PITTSBURGH, Pennsylvania – Sekumpulan jurutera robotik syarikat Shift Robotics di Amerika Syarikat (AS) mendakwa mencipta kasut paling laju di dunia yang meningkatkan kelajuan berjalan sebanyak 250 peratus, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Kasut dinamakan Moonwalkers itu memiliki lapan roda pada tapaknya. Kasut itu menggunakan motor elektrik kecil untuk menggerakkan roda yang membantu pergerakan pemakainya seperti semasa bermain kasut roda.

Kasut itu adalah hasil idea pasukan jurutera robotik Shift Robotics selepas pengasasnya, Xunjie Zhang mula berjalan ke tempat kerja dan menyedari kasut berkuasa dapat mengurangkan jarak perjalanannya sebanyak lebih separuh.

Ini kerana, ia meningkatkan kelajuan berjalan daripada purata 4.8 kilometer sejam (kmj) kepada 11.2kmj.

Pasukan itu memasarkan kasut Moonwalkers pada harga AS$1,399 (RM6,604) untuk mereka yang memerlukan kelajuan semasa melakukan aktiviti harian. Zhang dan pa­sukannya juga melihat Moonwalkers sebagai kasut masa hadapan.

Kasut itu dikuasakan oleh sel bateri yang memerlukan masa caj selama 1.5 jam untuk jarak lebih 9.6 kilometer (km).

“Moonwalkers bermula dalam Mod Kunci, di mana brek elektronik kami mengunci roda sepenuhnya.

“Untuk memasuki Mod Shift, di mana anda berjalan pada kelajuan larian, angkat tumit kanan anda dan putarkannya mengikut arah jam ke arah kaki kiri anda sambil mengekalkan jari kaki anda di atas tanah,” demikian menurut Shif Robo­tics di laman web rasminya.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini