WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

PAKAR BERI AMARAN TREND BERBAHAYA TUTUP MULUT GUNA PITA PELEKAT SEMASA TIDUR

Orang ramai menggunakan pita pelekat semasa tidur kerana tidak mahu bernafas melalui mulut. - hellas


Back To Whats Hot

WASHINGTON – Seorang pakar kesihatan memberi amaran mengenai trend yang tular di platform media sosial TikTok yang memaparkan orang ramai menutup mulut mereka menggunakan pita pelekat semasa tidur pada waktu malam, lapor United Press International (UPI) semalam.

Sebilangan individu melakukan perkara demikian ketika tidur untuk mengelakkan bernafas melalui mulut pada waktu malam.

“Jika anda mengalami apnea tidur obstruktif (gangguan pernafasan ketika tidur), perbuatan ini boleh menjadi sangat berbahaya.

“Terdapat bukti terhad tentang faedah menutup mulut semasa tidur dan anda perlu berbincang dengan perunding kesihatan sebelum mencubanya,” kata profesor bersekutu perubatan klinikal di University of Southern California Keck School of Medicine, Dr. Raj Dasgupta kepada stesen penyiaran CNN.

Sebilangan individu tidak mengetahui bahawa mereka menghidap apnea tidur. Mereka yang mengalaminya akan berhenti bernafas berulang-ulang kali pada waktu malam. 

Menurut satu kajian pada 2019, lebih 1 billion orang dewasa di seluruh dunia berusia antara 30 hingga 69 tahun berkemungkinan menghidap penyakit itu dan berjuta-juta lagi, malah tidak didiagnosis.

Antara alasan yang diberikan untuk trend tersebut adalah mahu tidur dalam keadaan yang cantik.

Pernafasan mulut secara umum boleh mengakibatkan seseorang berdengkur, dahaga, mulut kering dan nafas berbau pada waktu pagi.

Individu boleh mencegah pernafasan melalui mulut dengan cara yang lebih selamat iaitu tidak tidur dalam posisi telentang, katanya.

“Pada pendapat saya, menutup mulut semasa tidur tidak mungkin membantu anda untuk tidur dengan lebih lena,” kata Dasgupta.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini