WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

GUINNESS WORLD RECORDS ISYTIHAR ISNIN SEBAGAI HARI PALING TERUK DALAM SEMINGGU

Motivasi ke sekolah, kolej dan pejabat kurang setelah menamatkan cuti hujung minggu. - world republic news


Back To Whats Hot

WASHINGTON – Badan penyimpan rekod dunia, Guinness World Records secara rasmi mengisytiharkan hari Isnin sebagai ‘hari paling teruk dalam seminggu’, lapor laman berita Wion News semalam.

Perkara itu sebelum ini telah dinyatakan dalam siri kartun terkenal, Garfield dengan kapsyen: “Saya benci hari Isnin”.

Menyedari ‘kesuraman’ hari Isnin, Guinness World Records memuat naik satu ciapan di laman Twitter dengan menyatakan bahawa ia adalah hari paling teruk dalam seminggu.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak dinyatakan dalam laman web rasmi yang menyertakan pelbagai rekod dan pencapaian yang berjaya dipecahkan.

Ciapan itu telah mendapat lebih 78,000 tanda suka dan diulang ciap lebih 10,000 kali serta ramai yang bersetuju dengan pengisytiharan tersebut.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini