WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

SUAMI DIKRITIK HODOH, TIDAK SEPADAN DENGAN ISTERI CANTIK

Scott dan Divine berkenalan pada 2017 menerusi laman Facebook sebelum menjalinkan hubungan jarak jauh. – Instagram/YouTube


Back To Whats Hot

 

HOUSTON, TEXAS – Seorang lelaki di negeri Texas menjadi mangsa kecaman netizen yang mengkritik rupa parasnya kerana didakwa tidak sepadan dengan isterinya yang jelita lagi menarik, lapor portal berita MailOnline semalam.

Lelaki dikenali sebagai Scott itu dan isterinya, Divine, berkenalan pada 2017 menerusi laman Facebook sebelum menjalin hubungan cinta jarak jauh kerana wanita terbabit berasal dari Filipina.

Pada November 2017, Scott melawat Divine di Filipina buat kali pertama dan kemudian melamarnya. Mereka meneruskan percintaan jarak jauh selama empat tahun sehingga Divine berpindah ke Amerika Syarikat (AS) dan pasangan itu seterusnya berkahwin.

Pada tahun lepas, suami isteri itu mula mendapat perhatian apabila berkongsi cerita cinta mereka dalam beberapa klip video di laman TikTok.

Mereka bagaimanapun menjadi mangsa ‘mulut jahat’ netizen yang mendakwa, Divine mengahwini Scott kerana dia seorang yang ‘berduit’ selain sebagai alasan untuk tinggal di AS.

Menurut Scott, dia menghidap penyakit autoimun kronik digelar Scleroderma yang bermula ketika usianya 13 tahun. Penyakit itu mengubah penampilannya, namun lelaki berkenaan tidak menyangka keadaan akan menjadi teruk seperti itu.

“Disebabkan anda (netizen) sering mengatakan perkara sama berulang kali, ia sudah tidak memberi kesan kepada saya.

“Kami hanya dua manusia normal. Terdapat individu di luar sana yang tidak mengambil kisah rupa paras anda dalam bercinta,” kata Scott ketika menjawab mengenai komen kejam daripada netizen.

Sementara itu, berdasarkan sebuah video di TikTok, pasangan tersebut menyenaraikan soalan-soalan kejam yang diterima daripada netizen.

“Wanita itu mempergunakannya. Amat sedih sekali kerana dia (Scott) tidak menyedarinya,” kata seorang netizen.

“Apabila anda (Scott) pergi bekerja, saya sangsi bahawa dia (Divine) akan setia kepada anda,” ujar netizen lain.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini